Jenis-jenis Sumber Maklumat
1.5.1 Definisi Sumber
Satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membantu proses pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3 jenis:
a. Sumber primer- hasil kerja asal sama ada diterbitkan atau tidak dan memberikan pengetahuan
baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara. Asas
sumber sekunder atau tertier. Contohnya tesis, jurnal dan prosiding.
Ciri-cirinya- Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru. Melapurkan penyelidikan
yang asli. Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang
baru. Biasanya sumber primer ini sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan
sempurna atau berada di merata tempat. Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang
tidak diterbitkan.
Contoh sumber primer yang diterbitkan- Terbitan berkala / terbitan bersiri, Jurnal, Lapuran
penyelidikan, Penerbitan kerajaan / penerbitan rasmi, Paten, Piawaian, Disertasi / tesis (jika
diterbitkan sebagai artikel atau buku), Prosiding, konferens.
Sumber-sumber yang tidak diterbitkan termasuklah- Kertas kerja, Fail syarikat, Fail peribadi,
Pemerhatian, Lapuran penyelidikan / teknikal yang terhad edarannya, Latihan ilmiah / tesis /
disertasi.
(Nota: Oleh sebab sumber primer ini merupakan maklumat asal, gunakan kebijaksanaan sendiri sama ada ingin memasukkannya ke dalam
senarai bacaan atau rujukan dan sumber primer biasanya sukar diperolehi kerana ianya sukar dikesan)
b. Sumber sekunder
Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melalui
perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan
dan contohnya adalah nota kaki dan glosari.Ciri-ciri Sumber Sekunder- Ia bukanlah
maklumat atau ilmu pengetahuan baru. Ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik
supaya senang diakses. Ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan atau pemeriksaan ke
atas karya atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya.
Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain, perlulah berhati-hati
dalam menilai sumber ini sama ada ianya berwibawa bias.
Contoh sumber-sumber sekunder- Terbitan berkala / terbitan bersiri / jurnal (yang memberi
lapuran tentang perkembangan sumber primer), Perkhidmatan indeks dan abstrak, Ulasan
(reviews), Buku teks / monograf, Bahan-bahan rujukan atas rak, Ensiklopedia, Kamus / glosari
/ istilah, Buku panduan (handbook), Jadual, Formula, Pangkalan data.
*Sumber sekunder boleh wujud dalam format bercetak atau tidak bercetak.
c. Sumber Tertier- sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima
umum dari sumber-sumber primer. Sumber tertier boleh didapati dalam bentuk buku teks,
pangkalan data, ulasan artikel, dan panduan praktis. Laman web juga menyediakan
banyak sumber dari kategori ini.
Ciri-ciri Sumber Tertier.
Sumber tertier dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder.
Contoh-contoh dokumen sumber tertier - Buku tahunan, Bibliografi kepada bibliografi, Panduan
kepada penerbitan (Guides to the literatures), Panduan kepada perpustakaan, Panduan kepada sumber
maklumat, Panduan kepada organisasi.
simberhttp://student20std.blogspot.com/2012/06/jenis-jenis-sumber-maklumat.html
0 komentar:
Posting Komentar
Akan bijak bila memberi komentar bukan spam